Pages

Showing posts with label bila penaku ada cerita.... Show all posts
Showing posts with label bila penaku ada cerita.... Show all posts

30.12.11

masam manis

Allah berfirman yang bermaksud:
"Oleh sebab itu, maka tetapkanlah (kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." 
(surah al-insyirah 94: 5-6)

14.10.11

Amanah Yang Berat


 Amanah yang berat untuk diangkat
tak terdaya kudrat untuk mengangkat
jangan nak lepas... memang amanat
susah didunia senang diakhirat
Amanah yang berat 
kadang terlepas
hasutan syaitan memang tak lepas
iman sedikit....memang kau tumpas 
kuatkan iman kau takkan tumpas..

amanah yang berat
amanah yang berat
susah kau jaga
senang kau lepas...

4.10.11

....update...


 assalamualaikum..
nampaknya lama x update blog nie..
antara lukisan yg x sempat upload dulu..hmm...


8.5.11

ibu..


Setiap hari adalah hari
istimewa buatmu..
kerana setiap hari
adalah hari ibu untukku...
bukan hanya setahun sekali
terima kasih
atas segalanya..
Tidak dapat di balas jasamu,
Hanya Allah yang mampu 
membalas segalanya,
semoga Allah
sentiasa
merahmatimu
...ibu....

30.4.11

sahabat terbaik

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.
 Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat'.
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar iaitu "sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."

Sahabat suka dan duka kita kongsi bersama
silaturrahim kita hanya kerana Allah.
engkau ajarkanku erti hidup hanya untukNya
memberi keranaNya
menerima seadanya
Hidup bukan hanya untuk dunia semata
tapi untuk akhirat yang lebih utama..
ukhuwahfillah..

mari sama-sama berlari untuk menjadi sahabat terbaik..untuk menggapai redha Allah.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga..

28.4.11

mukmin sebenar..

26.4.11

Lihat...


Lihat langit, ingat Allah
Lihat gunung, ingat Allah
Lihat pohonan, ingat Allah
Lihat sungai, lihat laut
Lihat haiwan di sekeliling mu, Ingat Allah..
lihat dirimu, ingat Allah.. Yang Maha Bijaksana mencipta..
 atau engkau berpura-pura butakan mata??...


19.2.11

(-_-)




14.2.11

contoh terbaik..

Salam Maulidur Rasul 

“sungguh, telah ada pada (diri) rasulullah itu
suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang
yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari Kiamat dan
yang banyak mengingat Allah”
(Al-Ahzab, ayat 21)



"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), 
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
(Al-Anbiya', ayat 107)



1.2.11

jom jalan...

jom..jalan..
bawa diri menuju cahaya
tinggal gelap..
jadi terang
gelap tetap gelap
mana mungkin gelap jadi terang
jika tak ada cahaya..
tapi harus engkau ingat
walau adapun cahaya 
engkau tetap dalam gelap
jika engkau enggan bawa dirimu menuju cahaya itu..


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Al-rad, ayat 11)

29.1.11

sedekah..


Setiap amal kebaikan yg dilakukan itu adalah sedekah..
daripada Jabir bin Abdullah r.a, 
Nabi s.a.w bersabda:
"setiap kebaikan adalah sedekah". 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

daripada Abu Hurairah r.a, nabi bersabda: "sedekah yg terbaik adlh yg berlebihan drpd keperluan dan mulakan dgn org yg dibawah tanggungan engkau"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 dan
daripada Abu Umamah al-Bahili r.a, 
Nabi s.a.w bersabda:
"Bersedekah secara sembunyi 'memadam' kemarahan Tuhan"
(Riwayat al-Tabrani)

28.1.11

Dekatkan dirimu padaNya..

Dekatkan dirimu padaNya
Allah Tuhan Yang Esa
Dikala susah ataupun senang
dikala gembira mahupun sedih
Kerana hanya Dia yang akan menolongmu
tika tiada seorang pun yang sanggup menolongmu..

22.1.11

jangan cakap belakang..

jangan cakap belakang 
cakap depan-depan
agar kita tahu apa kesalahan
agar kita tahu apa nak dibetulkan..
kerana kita semua bukannya sempurna
mesti ada saja kesalahan..hmmm...

21.1.11

hijab


hijab itu yang terbaik untukmu 
ya...muslimah...

jaga katamu


jaga setiap katamu
wahai kawanku
jangan dibiarkan
ia membinasakan dirimu.
........





payung

sediakan payung sebelum hujan
takde payung engkau kehujanan..
takde ilmu engkau disesatkan..
 

14.1.11

cerita budak itu..

kesian engkau..
kerna tak dapat membeza...
engkau menjadi pengikut dan mangsa
dulu hidupmu dalam islam kerana ayahmu
tetapi kenapa kini 
kenapa begini jadinya 

selepas ayahmu pergi
semuanya berubah
mungkinkah itu disebabkan
ayahmu hanya memberi islam 
hanya pada nama tetapi 
bukan pada hati
bukan juga untuk diamalkan
atau salah engkau sendiri 
kerana tak memahami... 
 
engkau harus gagah ya budak kecil..
engkau harus kuat
cerita kehidupan memang begini..
yang lemah iman akan tewas 
yang gagah imannya akan terus hidup 
mencapai syurga hakiki...
itu mesti engkau ingat!!!


..siap!!





ya!!!..diri yang lemah..
kuatkan stamina imanmu
siapkan diri menuju jalan kebaikan..
bersiap siagalah selalu 
kerna
engkau akan mengempur ke medan juang kehidupan
atau kau akan digempur oleh musuhmu
musuh berzaman zaman 
yang tak kenal putus asa 
membunuh keimananmu..
ya!!!...bersiap sedialah untuk itu!!!...

16.11.10

salam aidiladha..

salam aidiladha..
sama-sama kita korbankan semua sifat-sifat buruk yg hidup dlm diri..

..agak lmbt...hmmm..

20.5.10

si budak kecil..

conteng lagi..
..budak kecil berbaju biru bertudung merah..


Budak kecil itu..
dia lebih senang untuk menulis
tulis..tulis dan tulis..
tentang derita,
tentang gembira,
tentang hidayah,
tentang kebesaran Tuhannya..

Bila saja kawannya bertanya,
budak kecil hanya menjawab
aku tulis untuk ku tinggalkan
moga saja jadi teladan
moga saja jadi pengajaran...

                                   ( Dicopy dari "Budak kecil berbaju biru bertudung merah" )