Pages

23.12.15


BIODATA RASULULLAH SAW

. Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


10.12.15

Lukis utk org len..


Ok..dah siap..
Lukis utk org len pula..
  





2.12.15

orang kawen..


musim cuti
musim orang kawen
musim org tanya bila nak kawen
admin buat muka takde perasaan.... :l
atau buat-buat muka senyum... :)


ok..tahniah!!..

kepada sesiapa yang nak kawen 
semoga dalam rahmat Allah selalu
dan semoga berbahagia

Dan lagu Maher Zain pun keluar....

Baraka Allahu lakuma
Wa baraka 'alaykuma
Wa jama'a baynakuma
Fi khayr
(May Allah bless everything for you two
And shower His blessings upon the two of you
And may he bring you together 
In everything that is good)


ok... suzila dah siap lukisan..
lenguh jgk nak buat
walaupun 
simple macam nie...adeh!!
nampaknya kena praktis banyak2..

Lihat alam..


klik utk besarkan.

Buka mata 
cubalah lihat dunia...
bukan di alam maya
tapi di alam nyata..

Banyak ibrah
kita tak nampak
atau mungkin saja kita buat-buat buta


"Alam ini adalah maha karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya. Mengapa kita hanya melihat nikmat, tetapi melupakan Pemberi nikmat? Mengapa kita memuji alam tetapi tidak memuji Penciptanya? Allah itu dekat, tetapi kitalah yang sering menjauh.."
~PAHROL MOHD JUOI~


***mood cuti :)

22.11.15

Nikmat..

Nikmat..
..
makan
minum
masa
fikir
sihat
rasa
lihat
nafas
senyum
suka
duka
kunyah
nangis
cakap
..
dan banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan pada kita
 tak terhitung banyaknya..
tapi..
kita selalu lupa pada semua nikmat yang diberikan
lupa untuk bersyukur
lupa pada pemberi nikmat..
jika ditarik satu nikmat 
kita lupa..bahawa banyak lagi nikmat yang lain untuk disyukuri..
syukurlah dengan niknat yang kita ada..

Alhamdulillah..
Ya Allah
atas segala nikmatMu


16.11.15

mood cuti..


Cerita hujung minggu..
mood cuti..
Cuti-cuti Malaysia..

Mencari tempat untuk jauh dari masalah
Jauh dari manusia

Jauh dari masalah?
jauh dari manusia?
Boleh ke?
tapikan masalah selalu akan ikut sekali
manusia pun sama..
di mana-mana pun ada masalah
di mana-mana pun akan jumpa manusia juga..
kecuali la kita bercuti di tempat yang tiada manusia kita seorang je..
ke planet lain ke..
tapi masalah akan tetap ikut kita...
jalan la sejauh mana pun
mengembaralah keseluruh dunia
menyelamlah sedalam lautan mana pun
masalah akan tetap mengekori kita
sebab masalah ada dalam diri..
ada dalam otak
ada dalam hati..

Tapi jika nekad untuk lawan masalah
nekad untuk singkirkannya
berani menghadapi
lawan sampai kalah
lawan sampai mati

Kita jadi berani 
jadi senang hati
jadi yakin diri

Berbekalkan kekuatan dari Ilahi
kekuatan dari hati..
pengembaraan akan lebih bererti..:)


kata-kata kat bawah nie memang best.
mari melihat dunia....guna mata sendiri!

"Pergilah melihat dunia, kunjungi lembah2 luas, lereng2 gunung. Datangilah padang2 rumput, padang2 pasir. Lihatlah kota2 gemerlap, desa2 damai tenteram.
Bukan karena dengan begitu, kita akan mengerti banyak hal. Bukan pula kita akan jadi lebih tahu banyak hal. Apalagi jadi punya koleksi foto2 keren di tanah orang. Di atas segalanya, saat kita kembali, sungguh, kita akan menjadi 'orang yang berbeda'.
Jangan habiskan waktu di jendela rumah/kantor/kendaraan yg sama setiap hari. Apalagi jangan habiskan waktu di jendela HP, laptop gagdet saja. Perjalanan nyata menunggu di luar sana."
*Tere Liye


12.11.15

Rasa?..


Hari-hari...

Hari-hari ceria..?
atau hari-hari buatkan orang ceria?
atau hari-hari pun sama
ceria tak
sedih pun tak
sama saja tiada yang berubah..
tiada yang dirasa....biasa..

Biasa??
rasa sedih..
rasa hina 
rasa duka
rasa gembira..

Tidak!!!

rasa....diperhati oleh pencipta..
setiap rasa..
setiap hina..
setiap duka
setiap ceria
setiap gembira
takut untuk dirasa..

Gembira untuk apa?
hina untuk apa?
duka untuk apa?
ceria untuk apa?
gembira untuk apa?

Dunia, manusia..tanpa tunduk pada pencipta..

rasa HAMBA.

10.11.15

kurang membaca???..


Malas membaca..kurang membaca
menyebabkan masalah kurang perkataan dalam kepala..
bila kurang perkataan
rasa sesuatu tetapi tak tau nak luahkan, tak tau nak terangkan
sebab tak cukup perkataan..
kerana melalui pembacaan akan menambah perkataan 
dalam kepala dan menggunakan perkataan itu untuk berfikir..
kurang perkataan
kurang modal berfikir..
~Ustaz Hasrizal Abdul Jamil~

adeh!!!
macam pemilik blog nie je..
kurang sangat perkataan..
nampaknya kurang membaca

jom semua mari membaca!!!

4.11.15

kak asnita dan wawa..:)


kak Asnita..

.....

kak Asnita dan anak-anaknya yang sangat rajin menimba ilmu..
semoga akak dan anak-anak menjadi insan yang solehah..
kalau pun akak dan anak masih dalam proses pembelajaran katanya..
kami pun sama juga..
In Sha Allah..
Allah akan tunjukkan jalanNya..
akan mudahkan jalan menujuNya
Istiqamah..itu penting..
jangan putus asa..

wawa..jadi budak yang rajin...:)
jangan malas..hihi

27.10.15

Ubah diri...


Agak sukar untuk menjadi orang terbaik..
tapi agak senang untuk menjadi orang yang terkutuk..
....

"Dalam mengubah diri menjadi seorang yang BAIK, pastinya iblis akan sentiasa mengelabui pendirian dan pertimbangan kita sehingga pada beberapa keadaan, kita MENYANGKA kita BERJAYA BERUBAH kepada baik atau berjaya perolehi KETENANGAN, tanpa disedari hakikatnya itu adalah panyakit 'ujib dan tipu daya iblis agar kita mula memperlahankan proses baikpulih diri"
ustaz Zaharuddin Abd Rahman

hijau..hijo..greeeeeeen..



hijau..hijo..green..mana perginya...
....
...kan jerebu tak nampak la hijau..nampak kabut
putih...asap...





26.10.15

sahabat..kawan...rakan..:)


sahabat?
rakan?
kawan?

......
sahabat...rakan..kawan yang terbaik 
mereka yang membawa ke syurga..
.....

selalu ingatkan ku akan Allah
selalu menegurku jikaku terpesong 
dengan nikmat dunia yang selalu mengoda
selalu ingatkanku tentang musibah sebagai muahsabah..
selalu ingatkan ku hidup ini hanya untuk sementara..
hidup untuk mensyukuri nikmat
hidup untuk menjadi sahabat, rakan dan kawan yang terbaik menuju SYURGA!!

Jerebu..


JEREBU
....
....peringatan kepada kita supaya tidak rakus dengan nikmat yang melimpah..
lupa mensyukuri
leka menikmati
tidak peduli...akan seksa yang menanti..
....

Ya Allah..
....
dengan jerebu ini..
smoga kita lebih mensyukuri 
nikmat udara yang segar..
yang selalunya lupa untuk disyukuri..
.....
Alhamdulillah...dengan segala nikmatMu yang melimpah ini...

22.10.15

sanah helwah..


umur semakin bertambah
atau umur semakin berkurang..
amalan bertamabh 
atau semakin berkurang..
sanah helwah..
semoga umur bertambah keberkatannya..
semoga kurang berbuat munafik!!!


13.10.15

Rindu nak post...huhu~

Assalammualikum..
Salam maal hijrah 1347H..
nampaknya blog nie lama di tinggalkan...huhu
rindu rasanya nak update..
ok..kita post banyak-banyakkkk....
walaupun xde org nak tgok blog nie..hihihi~


Mari sama-sama berhijrah...
bukan sekadar hijrah kaki
hijrah hati..
hijrah rohani..
menuju keredhan Allah...:)



 Sahabat itu...
seperti bintang..
tak selalu nampak 
tapi selalu ada di hati..
sahabat akan selalu menghampiri 
ketika seluruh dunia menjauhi 
kerana persahabatan itu seperti 
tangan dengan mata
saat tangan terluka,
 mata menangis,
saat mata menangis,
 tangan menghapusnya...



bukuku...kukuku...:)
mari baca buku adik-adikku..
yay~

Cikgu Anitah..hehe
saya dah lukiskan untuk cikgu dan sahabatku..
kalu tak cantik maaf ye..hehe~