Pages

30.10.09

oooo...animasi

1st time design animasi...hehe...
baru blajola katakan...

hasilnya.....


.....yang di post kt iluvislam testi......




ubah ckit....khas buat sahabat-sahabatku...
yang lama kenal dan yang baru kenal....hohoho..

"semoga hidupmu selalu indah
selagi kehidupan manusia lainnya terasa pahit
semoga engkau sentiasa nyaman
selagi banyak manusia merasa hidup tertekan.
jika cinta yang kau miliki adalah cinta sejati kepada Allah
maka segalanya akan menjadi mudah.
setiap yang berada di atas tanah adalah tanah juga."
                                                                          -La-Tahzan

22.10.09

apa yang engkau cari?..





“Apa yang engkau cari dalam hidup ini?..kalo nak kejar wang pun tak payahlah sampai tinggal solat...solat tu kan tiang agama..dah jadi kewajiban kita” katanya…teringat kata-kata akak yang baruku jumpa kt surau petang tadi …
"kalo kewajipan da tertunai baru hati tenang nak buat keja..akak selalu bagi nasihat ngan rakan len..tp diorang buat deh’ jela..xpun…diorg akan cakap..ustazah da mula da buat ceramah..hmmm...manusia...selalu kejar dunia dari akhirat..bila diuji baru ingat akhirat"..
panjang juga cerita korg petang tu..mcm da lama kenal pula rasanya...
tp aku lupa pulalah tanya nama akak tu..hmmm…

Teringat Himpunan fadilah Amal dari Maulana Muhammad Zakariyyah Al-kandahlawi Rah.a..

Dalam tulisannya....


Penciptaan manusia mempunyai tujuan agar manusia mengenaliNya dan penciptaan segala sesuatu selain manusia adalah untuk melayani manusia.

Seorang penyair mengatakan:

Awan, angin, bulan, matahari dan langit terus bekerja
Maka engkau dapatkanlah nafkah dalam hidupmu
dan janganlah memakan dalam kelupaan
Semua makhluk bertugas untukmu dengan segala kepatuhan
Hukum keadilan tidak akan dipenuhi jikalau engkau gagal mematuhi (Allah)
Oleh kerana itu manusia hendaklah belajar sesuatu dari ketaatan dan kepatuhan
Dan mengerjakan apa yang menjadi tugasnya
Dan sebagai peringatan, kadang-kadang ada sedikit perubahan yang diberikan...

-------> Seimbangkanlah dunia dan akhirat..tp kita selalu je senget sebelah dunia dari akhirat...huhuhu..
senget..senget..kita jatuh pula akhirnya...hehehe
dunia..dunia..sama2 kita melawan dugaannya....





16.10.09

warna cermin hati





warna kurniaan Ilahi

semarak tujuh dalam jalur pelangi

setiap satu sudah dipasti
mengikut sesuai dan takdir
sendiri

namun warna jadi aneh
tidak terperi

jika diadun mengikut naluri

walau nampak cantik berseri

ia adalah bahasa lontaran
naluri...
                        ........anis
 
 
 

13.10.09

Kuatkan genggaman tanganmu...

....kuatkan genggaman tanganmu terhadap agama Allah kerana hanya Dia tempatmu bersandar ketika semua orang mengkhianatimu...
 
Abu Al-Ithiyyah berkata:
 
Bertapa sering hidupmu terancam
namun Allah sentiasa sentiasa menjaga
dan memberi yang terbaik untukmu.
Masih saja engkau membenci segala keputusanNya?
 
Bertapa sering kita takut kepada kematian,
namun ternyata kematian itu tidak kunjung tiba.
 
Bertapa sering kita mengira bahawa
apa yang datang kepada kita adalah sebuah ketentuan
dan akhir dari segalanya,
namun ternyata sebaliknya,
persoalan tersebut memberi kekuatan dan semangat baru..
 
Bertapa sering kita merasa berada di jalan buntu,hubungan terputus dan benteng cakerawala yang ada di hadapan kita tiba-tiba menjadi gelap,namun sesudahnya yang akan kita raih adalah kemenangan,pertolongan,kebaikan dan berita gembira..
 
Bertapa serinag kita merasa dunia menjadi gelap, jiwa kita sesak,dan bumi seakan menyempit,namun tiba-tiba semua itu menjelma menjadi kebaikan dan pertolongan..
 
katakanlah:"Allahlah yang menyelamatkan kalian dari bencana itu dan dari segala macam kesusahan.."(Al-An'am:64)
 
Jika Allah menimpakan kemudaratan kepadamu, maka tiada yang mampu menghilangkannya kecuali Dia....(Al-An'am:17)

                                                                                               - perkongsian dari buku La Tahzan 2


...hmm rasanya mcm ade idea..nak bt design e-card tiru cara freshie mengcolor..hehehe....
(walaupn x pandai)....hmmm..hu!...mcm ni la gayanye klo x tau...


tp usaha gak ni...

------> alhamdulillah...akhirnye dpt gak hasilkn design e-card... ikut cara freshie mengcolor tp xjd sangat..huhuhu..





5.10.09

Ikhlaskah aku..



Barang siapa yang tidak ingin dirinya dikenal

bererti dia telah menghidupkan jiwa

dan membahagiakannya.

Dia tidak melawati harinya

dalam keadaan lapar dan gelisah.

Sesungguhnya angin bertiup dengan kencangnya

yang dihentam hanyalah bahagian pucuk pohon sahaja... 



Sabda nabi s.a.w:
Barangsiapa beramal kerana riya' (ingin amalannya dilihat manusia), Allahpun akan memperlihatkan amalannya kepada manusia (hanya itulah balasannya),
barang siapa beramal kerana sum'ah (ingin amalannya didengar manusia),
Allah pun akan memperdengarkan amalannya kepada manusia (dan hanya itulah balasannya)..(al-hadith)
                                                                                                                 
                                                                                                                   -La Tahzan

3.10.09

Tutorial smudge n brush tool...

salam...nak guna brush n smudge utk berkarya...ni nak tunjuk tp sy pn x la pndai sangat..sekadar berkongsi ilmu ape yg sy tahu je ( memandai je la ni kiranye )..nak hasilkn design mcm ni...



Step 1: Mula2 buka fail baru ( fail..new )..saiz ikut suka hati...klo design ni (400x556)..ni nak bt daun die dulu la...buka fail len yg seseai..cthnye kt bwah ni...gunakan eliptical marquee tool utk select sbhgn daun..klick pd daun guna move tool dan movekn..tutup fail yg tidak dgunakan..



Step2:Gunakan smudge tool , brush soft round 65 px utk mbuat daun...tarik je keatas 3 kali..lebih pn xpe ikut suka hati....copy  n transform je daun ni banyak-banyak..klo nak bt daun len blh gak smudge je daun asal bt bentuk len..

Step3:Seterusnya bt bunga plak...buka fail yg sesuai cthnya..kt bwah ni..same je stepnya dgn bt daun..
gunakan eliptical marquee tool select pd bunga..klick bunga dgn move tool n movekan..

Step4:Bujurkn bulatan tadi dgn menggunnakan free transform ikut kesesuaian...gunakan smudge, soft brush 5px..utk mbuat efek bulu2 d sekeliling bulatan tdi..tarik je keluar d tpi bulatan guna smudge..kecilkn sedikit bunga tdi, lukiskn tangkainya guna hard round 3px, copy & transform bunga tdi ikut suka hati berapa banyak..






Step5:Seterusnya..guna soft round brush 27px color gelap ckit, bt bayang2 guna smudge saiz sama 27px d bawah daun n atas tanah ... tarik keatas utk bwh daun n sedikit ke tepi uth atas tanah...akhir sekali, gunakn spatter brush 133px color hijo lumut utk tasik..n masukkn logo & teks...k..done..selamat mencuba...




1.10.09

Jangan berputus asa..


Bertapa banyak maksiatmu dilipat
diantara tiang-tiang bencana
kesenangan telah berubah
berbagai bencana menanti
Tabahlah atas kejadian pada masamu
kerana semua hal pasti berakhir
dibalik susah ada bahagia
dibalik kemulusan ada cacat...

Bertapa musibah besar terasa menyesakkan
sedang Allah yang memiliki jalan keluar....